Dalam entry kali ini aku nak berkongsi pengalaman aku sewaktu berada di PLKN. PLKN adalah singkatan Program Latihan Khidmat Negara. Objektif pelaksanaan PLKN adalah bertujuan untuk mewujudkan semangat patriotisme, memupuk perpaduan kaum dan intergrasi nasional, membina pewaktakan positif, meyemarakkan semangat kesukarelaan serta melahirkan genarasi yang cergas, cerdas dan penuh keyakinan diri. Semua ini adalah untuk disemai dalam kalagan genarasi muda.
Sewaktu aku berada di PLKN, aku telah melalui 3 modul. Sebenarnya ada 4 modul tapi aku skip 1 modul. 3 modul tersebut ialah modul pembinaan karakter, modul kenegaraan dan modul fizikal. 1 lagi modul yang aku skip ialah modul khidmat komuniti.
Dalam modul pembinaan karakter, terdapat lagi 4 sub-modul. Modul-modul tersebut ialah:
- Modul 1: Menampilkan yang terbaik dalam diri sendiri - belajar mengenai diri sendiri. Apakah karakter diri aku, bagaimanakah untuk aku menggunakan sikap aku, apakah kelebihan dan kelemahan aku. Aku menilai diri aku sendiri.
- Modul 2: Menampilkan yang terbaik dalam diri orang lain - belajar mengenai orang lain. Aku belajar macam mana nak menilai diri orang lain. Adakah aku boleh mempecayai mereka dan cara mengatasi konflik. Dalam modul ni anda akan mencari 'buddyz' sebagai pasangan anda.
- Modul Budaya Kerja - belajar mengenai alam pekerjaan. Apakah perbezaan sekolah dan tempat kerja, persiapan menghadapi temuduga serta matlamat kerjaya anda. Di akhir modul ini kita kena menulis surat untuk ibu bapa kita untuk mengucapkan terima kasih.
- Modul Kesejahteraan Hidup - belajar mengenai kehidupan sosial. Modul ini juga dikenali sebagai pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial (PKRS). Ala, macam pendidikan seks tapi bukan seks semata-mata tetapi mengenai perhubungan yang sihat.
Bagi modul 1 & 2, kita akan belajar bedasarkan video. Video tersebut mengisahkan 4 orang sahabat yang tinggal sekampung dan berminat menceburi bidang perniagaan. Pelbagai cabaran mereka tempuhi yang menguji persahabatan mereka. Kalau nak tau kisah mereka, nanti aku update dalam entry seterusnya.
Semua modul ini akan belajar di dalam kelas. Satu kumpulan kecil akan dibentuk dan melibatkan pelbagai kaum dan jantina. Pelbagi aktiviti menarik dan mencabar minda akan dilakukan sewaktu di dalam kelas.
Sekian sahaja entry aku kali ini. Kisah selanjutnya akan disambung dalam entry seterusnya =)
