Sambungan dari Catatan PLKN (part1)
sorry lambat ... sibuk menghadapi MUET speaking test dan ujian percubaan STPM :)
Jadi, seperti yang dijanjikan. Aku nak sambung cerita pengalaman aku kat PLKN. Kali ini aku nak share apa yang 'best' dan apa yang tak 'best' mengenai PLKN. Mesti ada yang tertanya-tanya bila dan di mana aku pergi PLKN. Sebenarnya, aku dah pernah share dalam entry sebelum ini:
sorry lambat ... sibuk menghadapi MUET speaking test dan ujian percubaan STPM :)
>> DAPAT TAWARAN PLKN ! <<
PLKN tidak seteruk seperti mana yang diperkatakan orang ramai. Ikut kem jugak sebenarnya, kalau pengurusan kem cekap, terkawallah kem. Begitu juga sebaliknya. Kem yang aku pergi tu Alhamdulillah, tidak ada apa-apa yang perlu dipersoalkan cuma disiplin pelatih lain tu lah agak 'kurang sikit'. Tapi, biasalah setiap manusia ada ragam sendiri. Walaubagaimanapun, inilah matlamat PLKN untuk membiasakan pelatih menghadapi cabaran dunia sebenar yang pelbagai ragam. Tepulang kepada kita untuk mengatasinya.
- Sekarang nak senaraikan apa yang 'best' :
- Dapat ramai kawan. Serius, dekat PLKN ni aku dapat banyak kawan dari pelbagai bangsa dan jantina. Aku yang jenis tak suka bersosial dapat jugak kawan-kawan dari negeri yang berlainan dan berlainan latar-belakang. Awek-awek pun lawa jugak dekat sini :p
- Banyak aktiviti menarik. Sepanjang PLKN, aku dapat sertai banyak aktiviti yang aku tidak pernah cuba sebelum ini. Antara aktiviti tersebut ialah drum beracun dan rentas halangan. Aktiviti yang aku paling suka ialah Perisai ... (x ingat sangat namanya). Game ini ala-ala explorace di mana kita perlu mencari pertunjuk untuk mendapatkan Perisai. Di setiap check point kena jawab soalan dan kalau berjaya dapat satu clue. Ada jugak game indoor sewaktu kelas.
- Berkongsi pengalaman. Bila dah ramai kawan tu, mestilah kami sembang-sembang. Jadi, dapat berkongsi cerita hidup masing-masing. Ohh, aku teringat serong kawan aku ni, namanya Shahir. Dari penampilanya aku tahu dia orang kaya, tapi dia dapat bergaul dengan aku. Dia ni anak seorang pensyaraj dan perwatakanya alim sikit. Jadi, kami sering berbual pasai agama dan politik juga tidak ketinggalan. Dia juga adalah seorang novelist.
- Dapat ilmu baru. Melalui aktiviti-aktiviti dalam PLKN, aku dapat ilmu-ilmu baru. Banyak sebenarnya ilmu baru yang aku dapat contohnya dalam aktiviti wirajaya aku berlajar cara penggunaan kompas. Banyak lagi tapi aku rasa korang kena rasai sendiri.
- Apa yang tak 'best' (aku share point penting jer sebab undang-undang) :
- Disiplin yang kurang ketat
- Barang koperasi mahal dan tak banyak pilihan
- Keadaan kem yang 'daif'
- Dewan panas dan tidak selesa
- Terdapat unsur politik dalam modul kenegaraan
Itu sahaja aku nak share dengan anda. Kepada yang masuk PLKN untuk kumpulan seterusnya, good luck dan bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan. Just enjoy yourself :)
