Assalamualaikum & Salam Sejahtera ;
"Habislah kena brainwash aku macam nih .... "
Inilah benda pertama aku fikirkan apabila aku terima tawaran masuk ke PLKN. Bukan apa, ramai orang kata PLKN nih adalah program 'brainwash' otak anak-anak muda macam aku nih untuk sokong kerajaan.
Inilah benda pertama aku fikirkan apabila aku terima tawaran masuk ke PLKN. Bukan apa, ramai orang kata PLKN nih adalah program 'brainwash' otak anak-anak muda macam aku nih untuk sokong kerajaan.
Mula-mula baca tawaran tuh gerun jugak arr. Mana tidaknya, banyak aktiviti berat dan lasak kena buat sepanjang PLKN berlangsung. Dah lah kena kawad tengah panas, kena pulak tembak guna senjata M-16, panjat tembok, lari berhalangan. Ala-ala kem tentera lah katakan. Program pun bawah Kementerian Pertahanan. Tapi itu bukan sebabnya sebenar, tapi risau dengan jurulatih dapat yang bengis dan garang.
Bukan aku tak biasa pergi kem. Aku memang suka program camping nih. Hampir semua perkhemahan sekolah aku pergi. Tapi PLKN nih rasa lain macam ... banyak !. Maklum sajalah, PLKN kan program kebangsaan. Yang program sekolah tuh student sekolah aku jer pergi lagipun aku dah kenal mereka semua. PLKN pulak dari seluruh negara sertai. Aku pun tak kenal lagi perangai mereka. Tu yang lain macam.
Mula-mula memang tak nak pergi. Tapi, siapa yang dapat wajib kena pergi. Kalau tak pergi, kena pulak tindakan undang-undang nanti. Aku tak nak masuk penjara !.
Tapi bila difikirkan semula, seronok jugak dapat pergi PLKN nih. Lagipun dari kecil teringin nak pi PLKN nih. Bila baca 'review' kat blog dan twitter, mereka kata PLKN seronok. Lagilah berkobar-kobar hati nak pergi. Inilah masanya aku nak belajar hidup berdikari. Kalau asyik hidup dengan ibu-bapa manalah nak tau realiti dunia kan ?.
Mesti ada yang tertanya-tanya bila aku pergi PLKN ? Aku dapat kumpulan 2 siri 10/2013. Aku bertolak dari Penang 30 March nih. Aku punya kem kat Tasoh, Perlis. Waaaa, kenapa jauh sangat !
Nanti bila aku balik PLKN aku update kat korang pengalaman 'botak' kat PLKN. Assalamualaikum.