Bukan mahu membicarakan mengenai hari raya, tapi post kali ini mahu membicarakan mengenai Hari Kemerdekaan kali ke-55. Apa yang admin lihat, ramai yang memberi reaksi negatif mengenai sambutan kali ini.
#1 : Tema
Jika sebelum ini, tema hari Kemerdekaan adalah berasaskan perpaduan. Namun, tahun ini Kerajaan telah memilih tema 'JANJI DITEPATI' sebagai tema Hari Kemerdekaan ke-55. Tema ini sama dengan program 'Jelajah Janji Ditepati' yang dianjurkan parti pemerintah - Barisan Nasional (BN). Persoalannya, mengapa tema seiras kempen politk yang diplih ?. Pakatan Rakyat (PR)sendiri telah memilih tema 'SEBANGSA, SENEGARA, SEJIWA' sebagai tema altenatif hari Merdeka ke-55. Menurut kerajaan, pemilihan tema hari kemerdekaan adalah HAK KERAJAAN. Bukankah kerajaan telah berjanji untuk mendengar suara majoriti rakyat dan majoriti rakyat menolak tema ini. (Rujuk undian dilakukan The Malay Mail).
![]() |
| Tema Altenatif PR |

Admin lebih suka jika tema yang dipilih berasakan nilai-nilai murni dan mempunyai unsur patriotik. Tema yang digunakan PR atau 'TERIMA KASIH PAHLAWAN MALAYSIA' adalah lebih sesuai untuk sambutan kemerdekaan.
#2 : Logo
Satu lagi isu yang dibangkitkan adalah logo sambutan yang buruk. Bagi admin, logo ini sememangnya buruk. Adakah logo ini dicipta menggunakan 'Microsoft Word' sedangkan banyak lagi perisian yang lebih canggih boleh digunakan. Jika tiada idea, anjurkan pertandingan mencipta logo agar rakyat dapat menunjukkan idea mereka dalam menghasilkan logo. Bukankah kerajaan menggalakan rakyat malaysia supaya lebih kreatif ? Admin rasa lebih ramai orang di luar sana boleh mencipta logo kemerdekaan yang jauh lebih elok dari logo ini. Tak percaya ?, tengok
.jpg)
Walaubagaimanapun, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan memberitahu belum ada logo rasmi sambutan hari kemerdekaan ke-55. Jika logo tersebut tidak rasmi, mengapa dimuatnaik dalam laman web PMR ?. Sambutan kali ini juga menyaksikan bahawa lebih dari satu logo kemerdekaan yang akan digunakan. Ini jelas akan mengelirukan rakyat.
#3 : Lagu
Lirik lagu Janji Ditepati
Macam malam ikut siang
Macam bulan ikut matahari
1Malaysia terus berjuang
Janji Kita ditepati
Kata Kita dikota
Janji Kita ditepati
Hidup Rakyat Dibela
Masa Depan Diberkati
Janji sudah ditepati
Kini masa balas budi
(Chorus)
Janji siapa? Janji kita
Janji apa? Janji 1Malaysia
Janji siapa? Janji kita
Janji apa? Janji 1Malaysia
(RAP)
Ini janji kita BR1M 1Malaysia
Ini janji 1Malaysia
TR1M 1Malaysia
Kata kita dikota
Klinik 1Malaysia
Janji kita ditepati
Kedai 1Malaysia
Untuk pengetahuan, lirik lagu janji ditepati ditulis oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim. Lirik lagu yang dihasilkan seumpama 'kempen pilihanraya' dengan menyenaraikan produk 1 Malaysia yang tiada kena-mengena langsung dengan sambutan kemerdekaan dan semangat patriotik. Selain itu, lirik 'kini masa balas budi' seolah-olah mahu rakyat mengundi parti pemerintah. Apa yang lebih menyedihkan lagu, pelajar perlu menyayikan lagu ini semasa perhimpunan. Adakah pelajar perlu menyayikan lagu yang berunsur politk?. Tenyata, rakyat tidak menyukai lagu ini. Bedasarkan undian di laman YouTube, hampir 90 % penonton tidak menyukai lagu ini.

Selain itu, lagu janji ditepati juga dikatakan menyerupai lagu gereja Indonesia, 'tuhanku maha besar'.
Diharapkan kerajaan mendengar suara rakyat yang tidak menyukai sambutan kemerdekaan dipegaruhi dengan unsur-unsur politik. Post ini bukan untuk menghentam kerajaan cuma pendapat peribadi bedasarkan kajian oleh admin. Tiada kena-mengena dengan mana-mana parti politik :)



.jpg)
