Halaman

Dimulakan Dengan Bismillah

بسم الله الرحمن الرحيم

W.B.T
السلام عليكم

Selamat Datang | Welcome

Hantarkan cadangan dan pandangan anda ke suaraeh@gmail.com

.

Isnin, 2 Januari 2012

Melangkah Tahun Yang Getir !

Assalamualaikum & Salam Sejahtera ...

 Selamat Tahun Baharu 2012. Syukur kepada Allah S.W.T kerana masih diberi kesempatan untuk  terus berada di muka bumi ini yang penuh dengan rintangan dan fantasi. Semoga menjadi tahun yang gemilang dan mampu membawa perubahan yang positif ke dalam diri.


 Banyak spekulasi yang bekaitan dengan 2012. Ada yang boleh dipercayai dan ada yang hanya khayalan semata-mata.




 Bagi barat, dikatakan 2012 merupakan tahun berakhirnya dunia. Namun adakah ini boleh dipercayai ?. Kita seharusnya tidak boleh mempercayai pendapat barat ini kerana ia boleh merosakkan akidah kita sebagai seorang Muslim. Memang benar kesemua tanda-tanda kecil kiamat sudahpun berlaku. Namun ini bukanlah fakta yang boleh menyokong pendapat barat.  Mengapa ?, menurut Islam berdasarkan al-Quran dan Hadis, kiamat akan berlaku selepas berlaku tanda-tanda besar kiamat iaitu

Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata: "Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: "Apa yang kamu perbincangkan?". Kami menjawab: "Kami sedang berbincang tentang hari qiamat". Lalu Nabi saw. bersabda: "Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya". Kemudian beliau menyebutkannya: "Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam alaihissalam, Ya’juj dan Ma'juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka".

(H.R Muslim)

 2012 juga menyaksikan pelbagai perubahan dalam negara seperti pemansuhan ISA, Akta Darurat dan pengenalan Akta Perhimpunan Aman. 2012 juga akan menyaksikan pilihanraya umum ke-13 yang dijangka berlaku pada Mac 2012 dan dilihat PRU yang paling getir. Rakyat perlu membuat keputusan yang bijak dengan memangkah (X) calon dan parti yang boleh membela dan tidak menindas rakyat.

 Terdapat juga yang baru dalam tahun 2012 seperti pengenalan mata wang kertas dan syiling yang berwajah baru, pengenalan semula wang kertas RM 20.00 dan MY KAD baru.

 2012 juga menjangkakan kos hidup rakyat akan meningkat seperti kenaikan barangan keperluan asas, petrol dan tempat tinggal. Oleh itu kita perlu berjimat cermat agar wang yang ada mencukupi dan tidak membebankan diri sendiri.

 Bagi admin, ini merupakan tahun PALING GETIR keran tahun ini admin akan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). SPM kali ini merupakan penentu masa depan admin. Admin berharap pembaca dapat mendoalan kejayaan admin. Admin juga berdoa agar calon-calon SPM kali ini juga akan memperolehi keputusan yang cemerlang !.


-Moga Tahun Ini Lebih Baik Dari Tahun Lepas-
-Jangan Ulangi Kesilapan-