Halaman

Dimulakan Dengan Bismillah

بسم الله الرحمن الرحيم

W.B.T
السلام عليكم

Selamat Datang | Welcome

Hantarkan cadangan dan pandangan anda ke suaraeh@gmail.com

.

Sabtu, 26 November 2011

Ubah Personaliti Semperna Maal Hjirah.

Assalamualaikum & Salam Sejahtera ...



Salam Tahun Baru Hijrah 1433 Hijrah diucapkan kepada semua umat Islam. Alhamdulillah, syukur kerana masih berkesempatan dan dipanjangkan umur untuk hidup walaupun tahun berganti tahun. Sebagai seorang muslim, kita harus berbangga dengan kehadiran tahun baru Hijrah. Mengapa perlu dibanggakan tahun baru barat sedangkan Islam mempunyai tahun baru tersendiri ?.




Justeru,marilah kita bermuhasabah diri sempena awal tahun hijrah ini. Cuba berfikir sejenak, sejauh manakah kita telah menghayati islam. Adakah cara hidup kita berasaskan aqidah dan syariah atau masih diwarnai kehidupan kita yang jahil disepanjang waktu? Muhasabah ini penting, supaya kita dapat menilai sama ada hak atau batil yang lebih banyak dalam diri kita. Kemudian, membuat azam baru ke arah perubahan yang lebih baik.

Sebelum kita berhijrah, mari kita terlebih dahulu mengenal erti Hjirah yg sebenar.


1. Hijrah berasal daripada perkataan "Hajara-yahajiru-uhjur" bermakna: "tinggalkan" atau "menjahuinya" (tidak melakukan segala perbuatan keji).

"dan perbuatan dosa, tinggalkanlah! "

(surah al-Muddathir:5).


2. Hijrah juga bermaksud perpindahan fizikal dengan tujuan untuk menegakkan kalimah Allah, seperti yang berlaku pada zaman Rasulluah s.a.w iaitu perpindahan dari Makkah ke Madinah.

"sesungguhnya orang-orang yang beriman, yang berhijrah di jalan Allah, mereka mengharapkan rahmat Allah dan Allah itu maha pengampun lagi maha penyayang"

(surah al-baqarah: 218).


3. Hijrah juga bermakna meninggalkan sifat negatif atau perangai yang buruk.


Sabda Rasuluallah s.a.w: "Orang yang berhijrah itu ialah yang berhijrah daripada apa-apa yang dilarang oleh Allah".


(Riwayat Ahmad Daripada Abu Hurairah r.a).



Alangkah indahnya dunia ini jika seluruh penduduknya mengamalkan ajaran Islam. Oleh itu marilah kita berubah agar menjadi insan yang lebih baik dan mengikuti cara hidup Islam yang telah ditetapkan Allah S.W.T.

- Salam Maal Hijrah -