Pelbagai Isu yang membelenggu umat Islam di Malaysia bahkan di dunia sekarang ini. Dari isu 'kebebasan bergama' hingga 'seksualiti'. Kesemua isu yang dibangkitkan hanya dengan satu tujuan 'merosakkan umat Islam seterusnya menguasai Malaysia !'. Inilah sebenarnya mereka (pihak yang tidak bertanggungjawab) mahukan. Tapi yang meyedihkan apabila ada orang Islam menyokong tindakkan pihak yang tidak bertanggungjawab. Adakah orang Islam tersebut tidak sedar bahawa mereka seorang muslim dan seorang muslim harus mempertahankan agama sendiri.
"Tidaklah sama (keadaan) orang yang duduk (tidak berperang) dari kalangan orang yang beriman dengan orang yang berjihad pada jalan Allah (untuk membela Islam) dengan harta dan jiwa mereka. Allah melebihkan orang yang berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka atas orang yang tinggal duduk dengan satu darjat (kelebihan)".
(An-Nisa': 95).
“Wahai orang beriman, hendaklah kamu sentiasa menjadi orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan kebencian kamu terhadap suatu kaum itu mendorong kamu tidak berlaku adil. Berlaku adillah kerana ia lebih hampir kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan apa yang kamu lakukan.” (Al-Maidah: 8)
Dalam ayat di atas Allah S.W.T menegaskan bahawa setiap umat Islam wajib mempertahnkan agama sendiri walau apa cara sekalipun selagi tidak merosakkan nama Islam itu sendiri. Umat Islam harus berjuang bersama Islam habis-habisan.
- PERPADUAN ORANG ISLAM
“Sebenarnya orang beriman itu bersaudara maka damaikanlah antara dua saudara kamu itu; dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.”. (Al-Hujurat: 10)
Ayat di atas memberitahu bahawa setiap umat Islam adalah bersaudara. Bukankah setiap ahli keluarga harus bersatu demi menjaga nama baik keluarga. Begitu juga setiap orang Islam. Sanggupkah kita melihat agama Islam hancur hanya kerana perbezaan politik dan isu remeh-temeh yang dicipta orang kafir demi mewujudkan persengketaan sesama umat Islam.
- ILMU PENGETAHUAN
“Mengapa tidak ada sekelompok pun dari setiap golongan mereka itu, yang berangkat untuk menambah ilmu pengetahuan agama” (At-Taubah: 122).
Allah S.W.T menegur sekumpulan manusia yang enggan belajar Ilmu pengetahuan. Allah S.W.T amat menyayangi manusia yang belajar sehingga apabila seseorang manusia itu mati terputuslah semua amalan kecuali Ilmu yang bermanafaat.
Ayuhlah semua umat Islam bersatu teguh mempertahankan agama Islam. Masalah yang ada haruslah dibawa berbincang bukanya pergaduhan dan pepecahan. Semoga Islam dapat dipertahankan. InsyaAllah.