Halaman

Dimulakan Dengan Bismillah

بسم الله الرحمن الرحيم

W.B.T
السلام عليكم

Selamat Datang | Welcome

Hantarkan cadangan dan pandangan anda ke suaraeh@gmail.com

.

Selasa, 23 Ogos 2011

Di Ambang Terakhir Ramadhan

ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA

Ramadhan makin hampir melabuhkan tirai. Sungguh cepat masa berlalu, terasa semalam baru mula bersahur.

Oleh sebab itulah, kita harus melipat kali gandakan ibadah terutama di saat-saat akhir ni agar Ramadhan kali ini adalah yang terbaik di sisinya. Harus diingat juga, sebaik-baik ibadah di sisi Allah adalah ibadah yang paling ikhlas dikerjakan.

Di malam-malam terakhir ini juga akan berlaku suatu malam yang lebih baik dari seribu malam iaitu Lailatul Qadar.



تَحَرَّوْا لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِي الْوِتْرِ 

مِنْ الْعَشْرِ الأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ.


"Carilah malam Lailatul Qadar pada malam-malam yang ganjil di 10 malam terakhir Ramadhan"

(hadis no: 2017 Kitab Solat Tarawih, Bab mencari Lailatul Qadar)



Laila bermaksud malam. Manakala perkataan Qadar pula bermaksud keberkatan atau saat yang diperingati. Jika kedua-dua perkataan itu digabungkan, ianya maksud Lailatul Qadar iaitu malam keberkatan atauyang diperingati. 

Tanda-Tanda

Diantara hadits-hadits yang menceritakan tentang tanda-tanda Lailatul Qadr adalah :

1. Sabda Rasulullah saw,”Lailatul Qadr adalah malam yang cerah, tidak panas dan tidak dingin, matahari pada hari itu bersinar kemerahan lemah.” Diriwayatkan oleh Ibnu Khuzaimah yang dishahihkan oleh Al Bani.

2. Sabda Rasulullah saw,”Sesungguhnya aku diperlihatkan Lailatul Qadr lalu aku dilupakan, ia ada di sepuluh malam terakhir. Malam itu cerah, tidak panas dan tidak dingin bagaikan bulan menyingkap bintang-bintang. Tidaklah keluar setannya hingga terbit fajarnya.” (HR. Ibnu Hibban)

3. Rasulullah saw bersabda,”Sesungguhnya para malaikat pada malam itu lebih banyak turun ke bumi daripada jumlah pepasiran.” (HR. Ibnu Khuzaimah yang sanadnya dihasankan oleh Al Bani)

4. Rasulullah saw berabda,”Tandanya adalah matahari terbit pada pagi harinya cerah tanpa sinar.” (HR. Muslim)

Keistimewaan

 Keistimewaan malam lailatul Qadar tidak boleh disangkal lagi. Allah telah berjanji di dalam surah Al-Qadar untuk memberi rahmat dan keampunan.

"Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada malam (Lail) al-Qadar,
Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran malam (Lail) al-Qadar?
Malam (Lail) al-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya
pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! "

[al-Qadar 97:1-5]

Oleh itu, ayuh tingkatkan ibadah agar memperoleh rahmat dan keampunan yang dijanjikan Allah S.W.T