Hari ini, PENA© mahu berkongsi suatu aktiviti yang boleh membantu menyelamatkan alam sekitar, 60+ earth hour. Mesti anda semua pernah dengar, PENA© menyarankan anda ambil bahagian dalam aktiviti ini demi menyelamatkan alam sekitar.
Tahukah anda bahawa pemanasan global berpunca dari perbuatan manusia sendiri ? ia berlaku akibat aktiviti manusia seperti pembakaran minyak fosil,gas metana dan pelbagai gas lain melalui penggunaan kenderaan, pembakaran hutan, penebangan hutan untuk pertanian dan pembandaran serta pentempatan telah menyebabkan kesan rumah hijau serta akibat kegunaan barang elektrik seperti lampu, ketuhar gelombang mikro, komputer dan televisyen tanpa had.
Oleh itu, jom tunjukkan sokongan anda terhadap bumi dengan menyertai 60+ earth hour pada 26 Mac 2011 jam 8.30 malam. Daftar di http://www.earthhour.org/.PENA© meenyertai, anda bagaimana ?