

Alhamdulillah, buat pertama kali dalam sejarah Malaysia memenangi Piala AFF Suzuki 2010 buat kali pertama walaupun nasib Malaysia kalah pada perlawanan ke-2 (leg 2), kita bernasib baik kerana mempunyai berkalan yang dibawa dari Kuala Lumpur.
Ternyata, sayap garuda pasukan Indonesia telah dibaham oleh taring harimau Malaya. Kejayaan ini telah memberi kegembiraan yang teramat kepada rakyat Malaysia.
Oleh itu, diharapkan ini menjadi batu loncatan agar Malaysia kembali ke zaman kegemilanganya pada suatu ketika dahulu. Kemenangan ini diharapkan dapat dikekalkan.
Tahniah diucapakan kepada skuad kebngsaan kerana telah memenangi perlawan akhir ini sekaligus membawa pulang piala AFF ini ke tanah air tercinta, Malaysia. Kemenangan ini adalah hasil usaha jurulatih K.Rajagopal, para permain bawah 23 tahun negara dan tidak dilupakan kepada para penyokong setia yang tidak jemu menyokong pasukan negara dari pusingan awal sehingga piala ini dijulang.