~Penggunaan Polisterin ~
Adakah anda menggunakan bekas polisterin dalam kehidupan seharian anda terutama dalam tujuan pembukusan makanan ?. Tahukah anda bahawa penggunaan bekas polisterin boleh menjejaskan kesihatan dan alam sekitar ?.
Polisterin diperbuat daripada plastik yang keras seperti cover kaset tu kemudian dibentuk menjadi polisterin dimana ia sangat rapuh,warnanya putih cerah...Apakah chemical yang digunakan ?.Menurut kajian yang dijalankan oleh Institute for Energy and Environmental Research (IEER) pada tahun 1992, polisterin yang dihasilkan dengan menggunakan HCFC-22 berkeupayaan mengancam persekitaran 3 hingga 5 kali lebih tinggi berbanding bahan-bahan buangan yang lain .Malah Foundation for Advancements in Science and Education (FASE) pula menyatakan bahawa styrene, komponen utama dalam polistiren ini berpotensi untuk bercampur dengan makanan panas yang dimasukkan ke dalam bekas makanan polistiren, Malah Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat menyenaraikan polistiren sebagai bahan buangan yang ke lima paling bahaya untuk persekitaran serta mengancam sumber semulajadi.
Sebenarnya kita mempuntai alternatif untuk menghentikan penggunaan bekas polisterin dengan menggunakan bekas makanan dan cawan yang boleh di kitar semula seperti daun pisang ataupun seperti yang dipelopori oleh Universiti Sains Malaysia yang menggunakan bekas makanan mesra alam. PENA© juga ingin memuji langkah yang diambil kerajaan negeri Pulau Pinang dan Selangor yang
mengambil alternatif dengan mengganti penggunaan bekas polisterin dengan bekas makanan biodegerasi dan mesra alam dalam setiap aktiviti anjuran mereka.