
Perlawanan akhir pertama Piala AFF Suzuki 2010 telah berjalan dengan lancar walaupun pasukan Indonesia melakukuan provokasi dengan memboikot perlawanan selama 5 minit atas alasan pancaran laser oleh penyokong Malaysia.
![]() |
| Harimau Malaya Mengaum Lagi |
Indonesia melakukan hal tersebut mungkin kerana mereka menyedari bahawa mereka akan kalah dalam perlawanan akhir yang berlangsung di hadapan ribuan penyokong Malaysia atau saja mencari alasan berehat.Ia mungkin juga kerana mereka ingin melengah-lengahkan permainan.
![]() |
| Jurulatih Negara, K.Rajagopal |
Jika diikutkan di atas kertas, pasukan Indonesia mempunyai kelebihan untuk memenangi pelawanan ini, tetapi sebaliknya anak buah K.Rajagopal telah membuktikan bahawa pasukan Malaysia dengan mengunakan permain 100% anak Malaysia berjaya mengalahkan pasukan Indonesia yang rata-rata mengunakan permain dan jurulatih luar.
Sekali lagi tahniah buat pasukan Malaysia. Tingakatkan rentak dan perkemaskan kawalan bola. Kepada penyokong, teruskan menyokong. Kita selangakah lagi untuk menjadi juara baru Piala AFF Suzuki. Tahniah Malaysia, well done!


