Halaman

Dimulakan Dengan Bismillah

بسم الله الرحمن الرحيم

W.B.T
السلام عليكم

Selamat Datang | Welcome

Hantarkan cadangan dan pandangan anda ke suaraeh@gmail.com

.

Jumaat, 1 Januari 2016

Sevice Laptop (Part 1)

 Sebelum itu, saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2016 buat semua pembaca blog NM Ehsan.  Terima kasih kerana sudi membaca catatan saya sepanjang tahun 2015 walaupun kadang-kadang merapu dan ayat pun beterabur.  Maaf jika ada sebarang kesilapan dan kesalahan dalam penulisan saya.  Buka buku baru ok !

 Kali ni saya nak kongsikan pengalaman dan dugaan pada akhir tahun 2015.



 Kisahnya macam ni, laptop lenovo yg telah berjasa dengan hampir 5 tahun aku tiba-tiba rosak.  Dengan laptop ni lah aku menulis blog ini, buat assignment universiti, buat kerja sekolah waktu seolah menegah dulu-dulu, main game time bosan.  Memang sayang betullah aku dengan laptop aku ni. 

 'Hinge' laptop lenovo aku ni patah.  Sebenarnya kerosakkan  tu dah lama tapi tak serius, hanya longar macam tu jer.  Kemudian aku dengan ayah aku decide utk perbaiki segera takut apa-apa yang lebih serius berlaku.

 Kalau sebelum ni, apa-apa problem yang berlaku kat laptop aku terus di kedai yg aku beli laptop ni.   (Makson Computer).  Kedai tu kat depan Universiti Sains Malaysia area SG Dua.  Service dia memang puas hati,  tapi malangnya kedai tu dah tak beroperasi.

Jadi, aku decide pergi ke kedai lain dekat area tu.  Aku pun masuk lah kedai ni (Mind Maker).  Aku tunjuk kerosakkan laptop aku dan pekerja kedai tu check, kedai tu cakap kena tukar 'whole casing laptop' dan dia cakap harga dia lebih kurang RM 1500 !!!.  What ? harga macam laptop baru kot, lebih baik aku beli baru jer !. Aku tanya tauke kedai tu tak ada cara lain ker, dia cakap tak ada.  Tapi tauke kedai tu recommend sendiri jangan baikki tapi beli yang baru.  Tanpa banyak soal aku cakap lain kali dan terus beredar. 

pic kredit: penang-traveltips
  Then, tergerak hati aku ke Kompleks Bukit Jambul, setelah puas pusing mencari kedai servis laptop dan survey harga laptop baru, aku singgah masuk kedai ni dan tunjukkan kerosakkan laptop aku.  Setelah inspection oleh pekerja kedai tu, dia cakap hanya 'hinge' yg patah dan kena tukar sebelah jer.  Aku tanya berapa, dia cakap dalam RM 150.  Dalam hati aku kata, betul ker ni ? Sebelum ni kedai cina tu cakap kena tukar semua.  Aku suruh pekerja kedai tu recheck balik kerosakkan dan harga.  Yup, dia cakap just tukar hinger dan anggaran harga temasuk service RM 150.

Ok lah, Takat ni jer lah aku cerita kisah service laptop..Aku akan sambung kisah ni pada lain post.