Halaman

Dimulakan Dengan Bismillah

بسم الله الرحمن الرحيم

W.B.T
السلام عليكم

Selamat Datang | Welcome

Hantarkan cadangan dan pandangan anda ke suaraeh@gmail.com

.

Khamis, 7 Julai 2011

Demonstrasi ... Baik & Buruknya

BERSIH 2.0

 9 Julai 2011, akan menyaksikan suatu perhimpunan rakyat terbesar dalam sejarah Malaysia. Perhimpunan Bersih 2.0 yang dijadualkan berlangsung di Stadium Merdeka itu meyasarkan sebanyak 500 000 - 1 juta rakyat berhimpun demi menuntut pilihanraya yang telus dan adil.


 Bukan mahu menbicarakan mengenai Bersih tetapi Pena sebenarnya  mahu membicarakan tentang baik buruk demonstrasi.


 Demonstrasi menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat didefinisikan kepada dua maksud. Definisi yang pertama merujuk kepada penerangan atau peragaan tentang kaedah atau cara kerja sesuatu perkara. Manakala definisi kedua ialah tunjuk perasaan atau berkumpul secara beramai-ramai melalui perarakan untuk menyatakan pendapat. 


 Demonstrasi mampu medesak sesebuah pihak melaksanakan sesebuah tuntutan kerana suara majoriti dilaungkan. Demostasi juga mampu melahirkan perpaduan jika tujuan yang disuarakan adalah untuk kepentigan dan keadilan semua. Demonstrasi secara aman tidak melibatkan pertumpahan darah dan pemusuhan sesama rakyat.


 Demostrasi juga selalu membawa kesan yang negatif dimana rakyat akan berpecah belah, kejatuhan ekonomi dan paling menakutakan adalah tercetusnya peperangan dan pertumpahan darah. Ini boleh menyebabkan pihak luar masuk campur dan megambil kesempatan terhadap kekacuan yang berlaku. Ini telahpun berlaku di mana pihak NATO yang dianggotai Amerika, British dan Jerman meyerang Libya.


 Kita mengharapkan perhimpunan Bersih berada di landasan yang betul dimana menuntut pilihanraya bersih dan adil. Janganlah ada niat yang belainan dan 'ada udang disebalik batu'. Begitu juga perhimpunan lain yang akan diadakan. Pihak berkuasa juga diharapkan tidak mengambil tindakan agresif dan umpama 'kuku besi' terhadap perhimpunan yang diadakan.