Halaman

Dimulakan Dengan Bismillah

بسم الله الرحمن الرحيم

W.B.T
السلام عليكم

Selamat Datang | Welcome

Hantarkan cadangan dan pandangan anda ke suaraeh@gmail.com

.

Sabtu, 8 Mei 2010

PIALA THOMAS & UBER 2010

 PIALA THOMAS
JIka cerita tentang permainan badminton, aku percaya ramai yang tahu dan hebat bermain badminton. Malah, mungkin ada juga dikalangan korang yang pernah mewakili sekolah dan daerah pada suatu masa dahulu. Aku juga pernah main badminton . Itupun sudah memadai buat aku dan kini aku lihat perkembangan yang agak baik untuk sukan badminton negara. Kelibat Lee Chong Wei, Wong Mei Choo, Zakuan, Chong Tan Fok, Lee Wan Wah, Hafiz Hashim dan lain-lain lagi membuatkan sukan badminton terus meriah walaupun kita tahu sudah lama kita tak pegang Piala Thomas .



PIALA UBER

Jika kita lihat, barisan jurulatih pun tak kurang hebat. Ada 2 jurulatih lelaki terdiri daripada rakyat Malaysia dan satu jurulatih import. Misbun Sidek mengetuai perseorangan negara, Rashid Sidek pula jurulatih skuad junior, Rexy pula mengetuai skuad bergu negara. Aku rasa ini satu kombinasi yang sangat hebat disamping semangat MALAYSIA BOLEH yang membara.
Tapi kenapa masih belum kita menggapai Piala Thomas. Kali terakhir adalah pada tahun 1992. Itupun dah lebih 10 tahun. Lebih tepat 17 tahun sudah kita kepingin dengan Piala keramat tersebut. Jadi, bilakah agaknya Piala Thomas akan jatuh ke negara Malaysia? Lee Chong Wei pun sudah 26 tahun. Tidak tahu bila lagi dia boleh bertahan, begitu juga dengan bergu-bergu  yang lain. Sampai hari ini, masih belum ada pemain badminton negara yang sangat menyerlah. rasa-rasanya negara kita penuh dengan pemain-pemain yang cukup hebat.
Apa kata buat satu program realiti untuk mencari skuad pelapis badminton negara seperti rancangan JAGUH yang disiarkan di TV9.Cakap pasai TV9 aku respect dengan saluran ini kerana menjadi penyiar kejohanan PIALA THOMAS&UBER yang cukup berpestij ini,oleh itu jom tonton ramai-ramai.
Aku yakin pasti ada pemain yang cukup hebat muncul dengan program itu. Ianya lebih berbaloi berbanding dengan program-program realiti yang belum tentu masa depanya.
Aku mahu sekurang-kurangnya ada single yang hebat seperti Rashid Sidek dan Misbun Sidek. Bagi bergu, kita sudah ada seorang bergu yang cukup hebat. Tapi kita mahu lebih.. Tapi tak kiralah siapapun, jika korang hebat bermain badminton. Joinlah skuad badminton negara dan sumbanglah sesuatu.

Harapan aku, semoga skuad badminton negara akan kekal hebat dan mempunyai semangat yang membara untuk merampas kembali Piala Thomas, Piala Uber, Piala Sudirman dan menang di Sukan Olimpik pada masa hadapan. Tak kiralah pada tahun yang ke berapa. Janji ada sekali sebelum aku menutup mata.
Apa-apa pun marilah kita sebagai 1MALAYSIA memberi sokongan kepada skuad MALAYSIA agar sejarah 1992 berulang kembali.INSYAALLAH. 







SOKONG MALAYSIA!!!